Komposisi dramatik ini menggambarkan haiwan melarikan diri ke tepi tebing daripada kebakaran hutan. Keadaan huru-hara haiwan menguasai komposisi tetapi tumpuan karya terletak pada harimau sedang mengaum. Harimau itu memandang tepat pada pengunjung, berada di udara sebelum jatuh dari tebing.
Forest Fire dicipta semasa Raden Saleh berada di puncak kejayaan di Eropah. Berasal dari Semarang, Jawa Tengah, Raden Saleh mengembara ke Eropah ketika beliau berusia kira-kira 18 tahun dan tinggal di sana lebih daripada 20 tahun. Beliau mempelajari lukisan di studio milik dua pelukis Belanda dan telah membina reputasi, menunjukkan karya-karya dalam pameran berprestij dan menarik naungan bangsawan aristokrat.
Ini merupakan karya terkenal Raden Saleh dan skalanya mencerminkan cita-cita beliau sebagai seorang pelukis. Lukisan ini menunjukkan pengaruh fesyen Eropah abad ke-19 untuk subjek eksotik dan imej kekejaman alam yang dipamerkan Raden Saleh dalam suasana Jawa. Lukisan ini telah dipersembahkan kepada Raja William III dari Belanda pada tahun 1850. Pada tahun berikutnya, Raden Saleh diberi gelaran rasmi "Pelukis Diraja". Dalam persekitaran prejudis abad ke-19, amat penting bagi seorang pelukis dari negara jajahan untuk mencapai tahap pengiktirafan sebegini di Eropah.