Seri Pagi Merah dan Senapang Reput menggambarkan landskap sepi dihuni oleh imej aneh dan mistik. Lukisan ini merupakan kritikan oleh artis Pratuang Emjaroen terhadap keadaan Thailand pada 1970-an. Ia menggambarkan tindakan ketenteraan ganas diambil terhadap protes pelajar pada masa itu.
Pratuang melukis senapang yang cacat, kendur dan reput. Seolah-olah senapang ini pernah mempunyai kehidupan tetapi kini sudah reput dan busuk. Kematian memenuhi landskap. Terdapat rangka dalam senapang rosak itu. Tengkorak menggunung di latar belakang dengan bendera Thailand di puncaknya. Tengkorak tergantung dari senapang. Di sebelah kanan, ada Buddha yang dipancung sedang menangis, disusuli titisan air mata berkilauan dalam cahaya bulan berdarah. Kematian menyelubungi landskap suram ini, yang terdiri daripada pokok menjalar dan sekuntum bunga bersinar.
Lukisan ini telah dipamerkan sebagai sebahagian daripada pertunjukan sebuah kumpulan pelukis yang dianggap "berhaluan kiri" oleh pemimpin tentera Thai. Ia dibuka pada 5hb Oktober, 1976 dan pada keesokan harinya, polis dan tentera menyerang perhimpunan pelajar di Universiti Thammasat di Bangkok, membunuh ratusan pelajar dan menangkap ribuan yang lain. Gaya nyata lukisan ini menggambarkan dengan tepat tangkapan dan pembunuhan beramai-ramai serta keganasan yang melanda Thailand pada masa itu.