The UOB Southeast Asia Gallery is temporarily closed and will reopen in late 2027. In the meantime, works from the National Collection remain exhibited across the Gallery. 

Pop after Pop: Art around Us

简介

《波普之后:艺术在日常》由新加坡国家美术馆与所罗门·R·古根海姆博物馆联合呈献,重新审视波普艺术的遗产及其广泛影响。波普艺术兴起于英国和美国,从流行文化与消费文化中汲取养分;艺术家创作的作品色彩夺目、体量大胆、尺度恢宏,充满机智与玩趣,并以多种变体呈现。本展览探讨波普艺术的图像、材料与视觉语言如何跨越国界流传,并在各地的语境中衍生出不同的意义。在东南亚,艺术家借鉴并改造波普艺术的语言,以此提出社会批判、与本土民间文化对话,并表达对另一番天地的向往。

展览以波普艺术与日常生活及流行文化相互塑造的观点为线索,首先回顾波普艺术兴起之前的艺术发展,随后围绕四个主题展开:繁忙的城市、引人入胜的物件、对商品化的迫切质疑,以及大众文化与大规模生产令人振奋的兴起。这些展区共同呈现艺术家如何再利用并改造寻常物件,如何与身体、图像和物件互动,如何回应社会与政治状况,又如何复制和传播符号。

 《波普之后:艺术在日常》消解了纯艺术与通俗文化之间的严格界限,邀请观众以新的目光审视身边的图像、物件与视觉语言,并思考它们如何形塑我们观看和改变世界的方式。


波普之前

熟悉的事物也富有艺术性。

早在波普艺术出现之前,现代艺术家就已将日常生活中熟悉的物件和图像融入艺术创作,模糊了艺术与生活之间的界限。本展区汇集的作品预示了后来与波普艺术相关的种种发展。

在不同的背景下,艺术家以各自的方式重新思考哪些题材、材料和技法可以纳入艺术。20世纪初的达达主义和超现实主义这两场艺术运动,以戏谑的方式追问艺术可以是什么,本展区展出的弗朗西斯·毕卡比亚和曼·雷的作品即为例证。在东南亚,林学大、内娜·萨吉尔和S. 苏佐佐诺尝试并突破了写实主义,或从街头、或从传统、或从日常经验中汲取题材与技法。拉里·里弗斯通过他所称的“可辨识事物的大拼盘”,将艺术史与大众意识中熟悉的图像结合在一起。阿方索·奥索里奥则把拾得物和各式零碎材料融入他的集合艺术作品,并将之与抽象表现主义的视觉语言相结合。

将这些作品放在一起看,可以发现波普艺术并非横空出世,而是一段更悠长历史中的一环:艺术家一直在追问艺术可以从何处取材,以及什么可以成为艺术。


S.苏佐佐诺

(1913年生于印度尼西亚;1986年卒于印度尼西亚)

《庆典,四个哇扬人偶》

1970年

油彩画布,39 × 99公分

新加坡国家美术馆馆藏

在《庆典,四个哇扬人偶》中,S.苏佐佐诺将爪哇传统的哇扬皮影戏(wayang kulit)人物融入画面。他摒弃殖民时期“美丽的东印度”(Mooi Indië)传统中那些大多迎合精英阶层的理想化风景画,主张艺术应植根于印度尼西亚人民的生活。这幅画描绘的很可能是丑角仆从(punakawan):塞马尔(Semar)及其儿子加楞(Gareng)、佩特鲁克(Petruk)和巴贡(Bagong)。他们在爪哇的哇扬戏中以幽默、智慧和诙谐逗趣的表演而闻名。苏佐佐诺将这些深受观众喜爱的人物引入画作,传达出哇扬皮影戏演出热闹生动的气氛。

物件

物件引人注目。 

在波普艺术中,寻常物件——无论是否为现成品——都可能变得出奇地吸引人,甚至充满诱惑。有时,它们却又平凡至极,仿佛直接取自日常的作息与功用。在本展区的作品中,物件的尺寸与数量可能发生变化,其形态与所处的环境也可能出人意料。商品、标志、旗帜及其他熟悉的符号,一旦与其他物件并置,或被置于不同的环境中,便会变得陌生,或令人惊叹。

波普艺术大量取材于周遭世界,几乎把一切事物都视为潜在的艺术材料。拼贴与拼装让各种媒介自由混合;工业材料与图像交织,塑料人偶成为装置的一部分,寻常物件则以超写实的手法呈现在绘画中。这些物件具有鲜明的实体存在感,同时也引人关注物件的生产与使用方式。与此同时,它们夸张的形态能把平凡之物化为奇观。如此一来,日常与奇幻相互交汇,生活与艺术的融合催生出新的事物,也促使我们以意想不到的方式与熟悉的物件相遇。


阿尔弗雷多·贾尔

(1956年生于智利)

《时代广场,1987年4月:美洲的标志》

1987年

原版动画的录像记录;该动画由公共艺术基金会委托创作,于1987年4月在纽约时代广场的Spectacolor电子广告牌上播放

单频道录像,4:3画面比例,彩色、有声(单声道),版次2/12,1分10秒

原版动画由公共艺术基金会委托创作,于1987年4月在纽约时代广场的Spectacolor电子广告牌上播放

艺术家于古根海姆瑞银MAP全球艺术行动之际捐赠

纽约所罗门·R·古根海姆博物馆馆藏。2013.30

这段录像记录了阿尔弗雷多·贾尔于1987年为纽约时代广场一块电子广告牌创作的动画,该动画受公共艺术基金会委托,属于“给公众的讯息”(Messages to the Public)项目。原版动画长42秒,在两周内穿插于预定的广告之间播放。美国国旗和美国地图的图像出现后,紧接着是逐一质疑这些符号含义的宣言。在这件作品中,贾尔挑战了一种民族中心主义:美国惯于借此把整个美洲大陆的身份据为己有。

城市

身体推挤拉扯。 

城市常被拿来与乡村对比,而乡村往往被浪漫化、理想化。本展区的作品将城市境况推到台前,唤起城市的活力——这种活力由进步与发展、消费、青年文化、社会冲突,以及兴奋与绝望的强烈情绪共同塑造。 

波普艺术扫视城市粗粝的表面与熙攘的人群,从招牌、涂鸦到街头的其他各种表达。这些元素不断变化,揭示图像、品味与欲望如何在城市生活中流转。平面设计、地图,以及蜡染布和牛仔布等衣料,都成为波普艺术视觉语言的一部分。身体与物件借由公共交通在城市中穿行,从火车到菲律宾的吉普尼。电影体验与动态影像的魅力在本展区占有重要位置,体现于娱乐、名人、粉丝文化,以及对日常生活夸张放大的描绘之中。 

最终,波普艺术走出美术馆,延伸至公共空间。这些作品邀请观众思考城市如何塑造我们的所见、所欲与所消费,而波普艺术也反过来成为城市的一部分。波普艺术在新加坡随处可见。


黄汉明

(1971年生于新加坡)

《一世模仿》

2009年

丙烯乳胶漆画布,217 × 165 × 3公分

新加坡美术馆馆藏

这件作品是黄汉明录像装置《一世模仿》的系列宣传海报之一。《一世模仿》是对1959年好莱坞电影《春风秋雨》(Imitation of Life)的再改编。黄汉明通过挪用情节剧、姿态与角色扮演,把片中主角之一莎拉·简(Sarah Jane)改由一名种族与性别都与原角色不同的演员饰演。对黄汉明而言,这类模仿并非单纯的复制行为,而是重新构想语言、性别与身份的策略。 

这幅广告牌画由黄汉明设计,并由当时被称为新加坡硕果仅存的广告牌画师Neo Chon Teck手绘完成。其风格令人联想起1950年代和1960年代新加坡电影的黄金时期。

质疑

艺术质疑文化。

本展区着重呈现波普艺术如何探究孕育艺术的文化。波普艺术从视觉世界中汲取题材与技法,触及材料与图像的社会和政治层面。这里的作品指向大众媒体如何框定我们对文化遭殖民与挪用的认识。尽管早期波普艺术出现在虚拟与数字世界之前,它已预示了我们今天所经历的图像泛滥。它的一些技法在更早的时代便已为人熟知,例如破除偶像(推倒受尊崇的图像)和鼓动宣传(结合图像与口号以达到政治效果)。酷儿视角也影响着我们体察身体境况及其欲望的方式。

波普艺术对世间种种困境作出迅速而鲜明的回应,让我们得以想象另一种社会环境。它甚至质疑一种文化中根深蒂固的习惯与规范。它并不只是描述社会,或对社会的现状匆匆表示反对。凭借其大众特质,它能够抵抗那些看似最无可避免、最牢不可破的事物。这种抵抗形式各异,从反战的宏大抗议姿态,到在家庭中对主体性的私密申明。


Trương Tân

(1963年生于越南)

《我喜欢HIV》

1994年

彩绘陶瓷,32.3 × 19.2公分

新加坡国家美术馆馆藏

Trương Tân是越南最早公开探讨同性恋与HIV的艺术家之一,而当时公开谈论性仍属禁忌。1990年代,越南的艾滋病宣传活动常把这种疾病与吸毒和性工作联系在一起。Trương针对广为流传的宣传海报创作了这件作品,以符号、幽默和零碎的文字取代官方口号。他戏谑地处理欲望、疾病与恐惧之间的直白关联。《我喜欢HIV》绘于一件传统青花瓷器上,让富于挑衅意味的当代讯息与人们熟悉的文化器物形成张力。

大众

符号无处不在。

 经由大众媒体传播的符号,以其惊人的密度和规模使我们沉浸其中。这些符号通过多种公共传播形式流通,从漫画、广告牌到版画和摄影。然而,即便社会的大众性似乎凌驾于个体性之上,图像依然可以被赋予不同的意义。

在本展区,艺术家运用广告的视觉语言及其制造符号的方式。他们取法新闻纸和海报等日常材料的图形特质与饱和色彩,以及街头生活中的种种图像。通过借用广告的大规模生产和传播手段,艺术家得以面向新的公众,并探讨种族主义和父权制等议题。这些大众受众可能结成新的社会集体,与工人阶级、城市人口或全球团结相联系。复制与挪用也使波普艺术得以重新处理风景或人物形象等题材,抗拒将艺术作品视为艺术家孤立而排他的个人表达。随着符号被复制和传播,它们获得新的意义,成为社会表达的形式。


Maung Day

(1979年生于缅甸)

从左至右

《童年场景第3号》

 《童年场景第2号》

 《童年场景第1号》

 2024年

画布上丙烯和墨水,122 × 183公分;55 × 75公分;75 × 55公分

艺术家自藏

 Maung Day以自己童年接触大众媒体的经历为出发点,创作了这一系列。他以柔和的粉彩色调描绘人物,其中一些人物的头部被电视机取代,屏幕上播放着广受欢迎的巧克力棒广告。艺术家回忆,1980年代他在仰光的阿姨家中,第一次通过电视认识了这种甜食。电视也让他接触到国际流行文化,包括ABBA等全球明星和可口可乐等品牌。Maung Day将这些元素与缅甸民间故事和《伊索寓言》中的角色相结合,暗示由本土与全球流行文化共同构成的更广阔的生活世界。

 

Pengenalan

Pop Selepas Pop: Seni di Sekeliling Kita, pameran hasil kerjasama Galeri Nasional Singapura dengan Muzium Solomon R. Guggenheim, meninjau semula warisan Seni Pop dan pengaruhnya yang meluas. Gerakan yang muncul di United Kingdom dan Amerika Syarikat ini dicorakkan oleh budaya popular dan budaya pengguna. Para artisnya menghasilkan karya dengan warna menyerlah, bentuk berani, skala mengagumkan, unsur jenaka, semangat bermain-main dan pelbagai variasi. Pameran ini meneliti bagaimana imejan, bahan dan bahasa visual Seni Pop tersebar merentasi sempadan lalu memperoleh makna yang berbeza dalam konteks setempat. Di Asia Tenggara, para artis memanfaatkan dan mengolah semula pelbagai bahasa Seni Pop untuk menyampaikan kritikan sosial, mendekati budaya vernakular dan menyuarakan harapan akan dunia yang berbeza.

Berpandukan gagasan bahawa Seni Pop membentuk dan dibentuk oleh kehidupan seharian serta budaya popular, pameran ini menyorot perkembangan seni yang mendahului Seni Pop sebelum beralih kepada empat tema: kota yang hiruk-pikuk, benda yang memukau, bantahan mendesak terhadap komodifikasi, serta kemunculan budaya massa dan pengeluaran besar-besaran yang mengujakan. Secara keseluruhan, bahagian-bahagian ini meninjau cara artis menggunakan semula dan mengubah objek biasa, menggarap tubuh, imej dan benda, bertindak balas terhadap keadaan sosial dan politik, serta menghasilkan semula dan menyebarkan tanda.

Dengan meleburkan sempadan tegas antara seni halus dengan budaya umum, Pop Selepas Pop: Seni di Sekeliling Kita mengajak pengunjung melihat semula imej, objek dan bahasa visual di sekeliling kita, serta merenungkan bagaimana semua ini membentuk cara kita melihat dan mengubah dunia.


Sebelum Pop

Yang biasa itu berseni.

Jauh sebelum kemunculan Seni Pop, artis moden sudah pun membawa objek dan imej harian yang biasa dilihat ke dalam seni, sekali gus mengaburkan perbezaan antara seni dengan kehidupan. Bahagian ini menghimpunkan karya yang mengisyaratkan perkembangan yang kemudiannya dikaitkan dengan Seni Pop.

Dalam pelbagai konteks dan pendekatan, artis menilai semula subjek, bahan dan teknik yang boleh mendapat tempat dalam seni. Dua gerakan seni awal abad ke-20, Dada dan Surealisme, mempersoalkan dengan penuh jenaka apa yang boleh dianggap sebagai seni, seperti yang dapat dilihat dalam karya Francis Picabia dan Man Ray di sini. Di Asia Tenggara, Lim Hak Tai, Nena Saguil dan S. Sudjojono bereksperimen dengan realisme lalu melangkauinya. Mereka menimba subjek dan teknik daripada sumber yang berlainan, sama ada jalanan, tradisi atau pengalaman seharian. Larry Rivers menyatukan sejarah seni dengan imejan yang sudah sebati dalam minda masyarakat melalui apa yang digelarnya “hidangan aneka perkara yang mudah dikenali.” Alfonso Ossorio menyepadukan objek jumpaan dan bahan rawak ke dalam asemblajnya, lalu menggabungkannya dengan bahasa visual Ekspresionisme Abstrak.

Jika dilihat bersama, karya-karya ini membayangkan bahawa Seni Pop tidak muncul secara tiba-tiba. Sebaliknya, gerakan ini merupakan sebahagian daripada sejarah yang lebih panjang, iaitu sejarah artis mempersoalkan apa yang boleh dijadikan sumber seni dan apa yang boleh menjadi berseni.


S. Sudjojono

(l. 1913, Indonesia; m. 1986, Indonesia)

Perayaan, Empat Watak Wayang

1970

Cat minyak pada kanvas, 39 × 99 cm

Koleksi Galeri Nasional Singapura

Dalam Perayaan, Empat Watak Wayang, S. Sudjojono menyepadukan watak-watak wayang kulit, iaitu teater boneka bayang tradisional Jawa, ke dalam komposisi ini. Beliau menolak landskap yang diindah-indahkan dalam tradisi kolonial Mooi Indië (Hindia Molek), yang kebanyakannya memenuhi cita rasa golongan elit. Sebaliknya, beliau memperjuangkan seni yang berakar pada kehidupan masyarakat Indonesia. Lukisan ini kemungkinan besar menggambarkan punakawan (abdi pelawak): Semar dan anak-anaknya, Gareng, Petruk dan Bagong, yang terkenal dengan humor, kebijaksanaan dan persembahan mereka yang penuh gurau senda dalam wayang Jawa. Dengan membawa watak-watak yang digemari penonton ini ke dalam lukisannya, Sudjojono menghadirkan suasana meriah persembahan wayang kulit.

Benda

Objek memikat. 

Dalam Seni Pop, objek biasa, sama ada objek siap guna atau tidak, boleh menjadi menarik dengan cara yang aneh, malah menggoda. Pada masa lain, objek itu kekal sangat biasa, seolah-olah dipetik daripada rutin dan fungsi seharian. Dalam karya-karya di sini, objek mungkin berubah dari segi skala dan bilangan, atau muncul dalam bentuk dan latar yang tidak dijangka. Komoditi, logo, bendera dan tanda lain yang biasa dikenali menjadi asing atau menakjubkan apabila diletakkan bersama objek lain atau dalam latar yang berbeza. Seni Pop menimba sebanyak-banyaknya daripada dunia di sekelilingnya dan menganggap hampir segala-galanya berpotensi menjadi bahan seni. Pelbagai medium dicampurkan secara bebas melalui kolaj dan bricolage, bahan industri berbaur dengan imej, figura plastik menjadi sebahagian daripada instalasi dan benda biasa digambarkan secara hiperrealistik dalam lukisan. Objek-objek ini mempunyai kehadiran fizikal yang begitu nyata, di samping menarik perhatian kepada cara benda dihasilkan dan digunakan. Pada masa yang sama, bentuknya yang dibesar-besarkan boleh mengubah perkara biasa menjadi tontonan. Dengan demikian, yang lazim bersilang dengan yang fantastik, lalu melahirkan sesuatu yang baharu melalui pertemuan antara kehidupan dengan seni, serta mengajak kita menemui objek yang biasa dikenali dengan cara yang tidak dijangka.


Alfredo Jaar

(l. 1956, Chile)

Times Square, April 1987: Logo untuk Amerika

1987

Dokumentasi animasi asal yang ditauliahkan oleh Public Art Fund untuk papan tanda Spectacolor, Times Square, New York, April 1987

Video saluran tunggal, nisbah bidang 4:3, warna dan bunyi (mono), Edisi 2/12, 1 min 10 saat

Animasi asal yang ditauliahkan oleh Public Art Fund untuk papan tanda Spectacolor, Times Square, New York, April 1987

Hadiah daripada artis sempena Guggenheim UBS MAP Global Art Initiative 

Muzium Solomon R. Guggenheim, New York. 2013.30

Video ini mendokumentasikan animasi Alfredo Jaar pada tahun 1987 yang ditauliahkan oleh Public Art Fund untuk papan iklan elektronik di Times Square, New York, sebagai sebahagian daripada program Messages to the Public. Urutan asal sepanjang 42 saat itu ditayangkan di celah-celah iklan berjadual selama dua minggu. Imej bendera dan peta Amerika Syarikat diikuti oleh kenyataan yang mempersoalkan makna setiap simbol itu. Dalam karya ini, Jaar mencabar etnosentrisme yang menyebabkan Amerika Syarikat lazimnya menuntut identiti seluruh benua Amerika sebagai miliknya.

Kota

Tubuh tolak-menolak dan tarik-menarik.

Kota sering dipertentangkan dengan desa, yang digambarkan secara romantis dan ideal. Karya-karya dalam bahagian ini mengetengahkan keadaan kehidupan bandar. Semuanya membangkitkan tenaga kota yang dibentuk oleh kemajuan dan pembangunan, penggunaan, budaya belia, konflik sosial serta keterujaan dan keputusasaan yang memuncak.

Seni Pop menelusuri permukaan kota yang kasar serta kerumunan orang ramainya, daripada papan tanda dan grafiti hingga pelbagai bentuk ekspresi lain di jalanan. Unsur-unsur ini berubah lalu memperlihatkan bagaimana imej, cita rasa dan keinginan tersebar dalam kehidupan bandar. Reka bentuk grafik, peta dan bahan pakaian seperti batik dan denim menjadi sebahagian daripada bahasa visual Seni Pop. Tubuh dan benda bergerak merentasi kota dengan pengangkutan awam, daripada kereta api hingga jeepney Filipina. Pengalaman sinematik dan daya tarikan imej bergerak menonjol dalam bahagian ini melalui hiburan, selebriti, budaya peminat dan gambaran kehidupan seharian yang dibesar-besarkan.

Akhirnya, Seni Pop melangkaui galeri dan memasuki ruang awam. Karya-karya ini mengajak pengunjung merenungkan bagaimana kota membentuk apa yang kita lihat, inginkan dan gunakan, sementara Seni Pop pula menjadi sebahagian daripada kota itu sendiri. Seni Pop ada di serata Singapura.


Ming Wong

(l. 1971, Singapura)

Kehidupan Pura-Pura

2009

Emulsi akrilik pada kanvas, 217 × 165 × 3 cm

Koleksi Muzium Seni Singapura

Karya ini merupakan sebahagian daripada siri poster promosi untuk instalasi video Ming Wong, Kehidupan Pura-Pura, iaitu adaptasi semula filem Hollywood tahun 1959, Imitation of Life. Melalui apropriasi melodrama, gerak isyarat dan lakonan peranan, Wong memberikan watak Sarah Jane, salah seorang watak utama filem itu, kepada pelakon yang berlainan kaum dan gender. Bagi Wong, bentuk peniruan sebegini bukan sekadar perbuatan menyalin tetapi strategi untuk membayangkan semula bahasa, gender dan identiti.  

Lukisan papan iklan ini direka oleh Wong dan dilukis dengan tangan oleh Neo Chon Teck, yang ketika itu digambarkan sebagai pelukis papan iklan terakhir yang masih bertahan di Singapura. Gayanya mengimbau zaman kegemilangan perfileman di Singapura pada tahun 1950-an dan 1960-an.

Bantahan

Seni mempersoalkan budaya.

Bahagian ini mengetengahkan bagaimana Seni Pop menyelidik budaya yang melahirkan seni. Dengan menimba subjek dan teknik daripada dunia visual, Seni Pop menggarap dimensi sosial dan politik bahan serta imej. Karya-karya di sini mengisyaratkan bagaimana media massa membentuk pemahaman kita tentang cara budaya dijajah dan diapropriasi. Walaupun Seni Pop awal wujud sebelum dunia maya dan digital, gerakan ini sudah menjangkakan lambakan imej yang kita alami hari ini. Sesetengah tekniknya sudah dikenali sejak zaman terdahulu, seperti ikonoklasme (menjatuhkan imej yang disanjung) dan agitprop (menggabungkan imej dengan slogan demi kesan politik). Perspektif queer juga mewarnai pendekatan terhadap cara kita menghayati keadaan tubuh serta keinginannya.

Melalui respons yang pantas dan menyerlah terhadap pelbagai masalah dunia, Seni Pop membolehkan kita membayangkan persekitaran sosial yang berbeza. Malah, tabiat dan norma budaya yang sudah berakar umbi pun dipersoalkannya. Gerakan ini bukan sekadar menggambarkan masyarakat atau segera membantah keadaan masyarakat kini. Melalui sifatnya yang popular, Seni Pop mampu menentang perkara yang kelihatan paling tidak dapat dielakkan dan sukar diubah. Penentangan sebegini mengambil pelbagai bentuk, daripada tindakan protes yang besar terhadap peperangan hingga penegasan subjektiviti yang intim di dalam rumah.


Trương Tân

(l. 1963, Vietnam)

Saya Suka HIV

1994

Cat pada seramik, 32.3 × 19.2 cm

Koleksi Galeri Nasional Singapura

Trương Tân merupakan antara artis terawal di Vietnam yang membincangkan homoseksualiti dan HIV secara terbuka, pada ketika perbincangan awam tentang seksualiti masih dianggap tabu. Pada tahun 1990-an, kempen kesedaran AIDS di Vietnam sering mengaitkan penyakit ini dengan penggunaan dadah dan kerja seks. Trương menghasilkan karya ini sebagai respons terhadap poster propaganda yang tersebar luas, lalu menggantikan slogan rasmi dengan simbol, humor dan cebisan teks. Beliau bermain dengan kaitan yang terang-terangan antara keinginan, penyakit dan ketakutan. Saya Suka HIV, yang dilukis pada bekas seramik biru-putih tradisional, mewujudkan ketegangan antara mesej kontemporari yang provokatif dengan objek budaya yang biasa dikenali.

Massa

Tanda di sekeliling kita.

Tanda yang disebarkan oleh media massa menyelubungi kita dengan kepadatan dan skalanya yang begitu besar. Tanda-tanda ini tersebar melalui pelbagai bentuk komunikasi awam, daripada komik dan papan iklan hingga seni cetak dan fotografi. Namun, walaupun sifat massa masyarakat seolah-olah mengatasi individualiti, imej tetap terbuka kepada pelbagai makna.

Dalam bahagian ini, artis memanfaatkan bahasa visual pengiklanan dan cara pengiklanan menghasilkan tanda. Mereka beralih kepada ciri grafik dan warna pekat bahan harian seperti kertas akhbar dan poster, serta imej yang ditemui dalam kehidupan jalanan. Dengan meminjam kaedah pengeluaran dan penyebaran besar-besaran yang digunakan dalam pengiklanan, artis dapat mendekati khalayak baharu dan menangani isu seperti perkauman dan patriarki. Khalayak massa ini mungkin membentuk kolektif sosial baharu yang berkait dengan kelas pekerja, penduduk bandar atau solidariti global. Penghasilan semula dan apropriasi juga membolehkan Seni Pop mengolah semula subjek seperti landskap atau figura manusia, sekali gus menolak tanggapan karya seni sebagai ungkapan yang terasing dan eksklusif daripada seorang artis. Apabila tanda dihasilkan semula dan disebarkan, tanda itu memperoleh makna baharu dan menjadi bentuk ekspresi sosial.


Maung Day

(l. 1979, Myanmar)

Kiri ke kanan

Adegan Zaman Kanak-Kanak No. 3

Adegan Zaman Kanak-Kanak No. 2

Adegan Zaman Kanak-Kanak No. 1

2024

Akrilik dan dakwat pada kanvas, 122 × 183 cm; 55 × 75 cm; 75 × 55 cm

Koleksi artis

Maung Day mengembangkan siri ini sebagai respons terhadap pengalaman zaman kanak-kanaknya bersentuhan dengan media massa. Beliau menggambarkan figura dalam rona pastel, sebahagiannya dengan set televisyen menggantikan kepala. Skrin televisyen itu memaparkan iklan coklat batang yang popular. Artis ini masih ingat kali pertama beliau mengenali manisan ini melalui televisyen di rumah ibu saudaranya di Yangon pada tahun 1980-an. Televisyen juga memperkenalkan beliau kepada budaya popular antarabangsa, termasuk selebriti global seperti ABBA dan jenama seperti Coca-Cola. Dengan menggabungkan rujukan ini dengan watak daripada cerita rakyat Myanmar dan fabel Aesop, Maung Day membayangkan dunia kehidupan budaya popular yang lebih luas, baik tempatan mahupun global.

 

அறிமுகம்

பாப்-க்குப் பின் பாப்: நம்மைச் சுற்றியுள்ள கலை எனும் இக்கண்காட்சி, சிங்கப்பூர் தேசியக் கலைக்கூடம், சாலமன் ஆர். குகன்ஹெய்ம் அருங்காட்சியகம் ஆகியவற்றின் கூட்டு முயற்சியாகும். இது பாப் கலை விட்டுச்சென்ற மரபையும் அதன் பரவலான தாக்கத்தையும் மறுபார்வை செய்கிறது. பிரிட்டனிலும் அமெரிக்காவிலும் தோன்றிய இக்கலை இயக்கம், ஜனரஞ்சகப் பண்பாட்டாலும் நுகர்வுப் பண்பாட்டாலும் தாக்கம் பெற்றது. கண்கவர் வண்ணம், துணிச்சலான முப்பரிமாணத் தன்மை, கம்பீரமான அளவு, நகைச்சுவை நயம், விளையாட்டுத்தனம், பன்முக மாறுபாடுகள் ஆகியவற்றைக் கொண்ட படைப்புகளை இவ்வியக்கத்தின் கலைஞர்கள் உருவாக்கினர். பாப் கலையின் படிமங்களும் மூலப்பொருள்களும் காட்சி மொழியும் எவ்வாறு எல்லைகளைக் கடந்து பரவி, உள்ளூர்ச் சூழல்களில் வெவ்வேறு அர்த்தங்களைப் பெற்றன என்பதை இக்கண்காட்சி ஆராய்கிறது. தென்கிழக்காசியாவில், சமூக விமர்சனத்தை முன்வைக்கவும், உள்ளூர் அன்றாடப் பண்பாட்டுடன் ஊடாடவும், மாறுபட்ட ஓர் உலகத்துக்கான விழைவை வெளிப்படுத்தவும் கலைஞர்கள் பாப் கலையின் மொழிகளைத் தழுவி, அவற்றை மறுவடிவமைத்தனர்.

பாப் கலை அன்றாட வாழ்க்கையையும் ஜனரஞ்சகப் பண்பாட்டையும் வடிவமைக்கிறது, அதே வேளையில் அவற்றால் வடிவமைக்கப்படுகிறது என்ற கருத்தை வழிகாட்டியாகக் கொண்டு, இக்கண்காட்சி முதலில் பாப் கலைக்கு முந்தைய கலை வளர்ச்சிகளைப் பார்வையிடுகிறது; பின்னர் நான்கு கருப்பொருள்களை நோக்கித் திரும்புகிறது: பரபரப்பான நகரம், வசீகரிக்கும் பொருள், பண்டமாக்கலுக்கு எதிரான அவசர எதிர்ப்புக் குரல்கள், வெகுஜனப் பண்பாடு, பெருமளவு உற்பத்தி ஆகியவற்றின் உற்சாகமூட்டும் எழுச்சி. சாதாரணப் பொருள்களை மீண்டும் பயன்படுத்தி உருமாற்றுவது, உடல்கள், படிமங்கள், பொருள்கள் ஆகியவற்றுடன் ஊடாடுவது, சமூக, அரசியல் நிலைமைகளுக்கு எதிர்வினையாற்றுவது, குறியீடுகளைப் பிரதியெடுத்துப் பரப்புவது எனக் கலைஞர்கள் செயல்படும் விதங்களை இப்பிரிவுகள் ஒருங்கே ஆராய்கின்றன.

நுண்கலைக்கும் பொதுப் பண்பாட்டுக்கும் இடையிலான கண்டிப்பான பிரிவினையைக் கரைக்கும் பாப்-க்குப் பின் பாப்: நம்மைச் சுற்றியுள்ள கலை எனும் இக்கண்காட்சி, நம்மைச் சுற்றியுள்ள படிமங்களையும் பொருள்களையும் காட்சி மொழிகளையும் புதிய கண்ணோட்டத்துடன் நோக்கவும், நாம் உலகைக் காணும் விதத்தையும் அதை மாற்றும் விதத்தையும் அவை எவ்வாறு வடிவமைக்கின்றன என்று சிந்திக்கவும் வருகையாளர்களை அழைக்கிறது.


பாப்-க்கு முன்

பழக்கமானது கலைத்தன்மை வாய்ந்தது.

பாப் கலைக்கு நெடுங்காலம் முன்பே, நவீனக் கலைஞர்கள் பழக்கமான அன்றாடப் பொருள்களையும் படிமங்களையும் கலைக்குள் கொண்டுவந்து, கலைக்கும் வாழ்க்கைக்கும் இடையிலான வேறுபாட்டை மங்கச் செய்துகொண்டிருந்தனர். பின்னாளில் பாப் கலையுடன் தொடர்புபடுத்தப்பட்ட வளர்ச்சிகளைச் சுட்டும் படைப்புகளை இப்பிரிவு ஒன்றிணைக்கிறது.

வெவ்வேறு சூழல்களிலும் அணுகுமுறைகளிலும், கலையில் இடம்பெறக்கூடிய கருப்பொருள்கள், மூலப்பொருள்கள், நுட்பங்கள் ஆகியவற்றைக் கலைஞர்கள் மறுபரிசீலனை செய்தனர். 20ஆம் நூற்றாண்டின் தொடக்கத்தில் தோன்றிய டாடா, சர்ரியலிசம் ஆகிய இரு கலை இயக்கங்களும் கலை என்னவாக இருக்க முடியும் என்பதை விளையாட்டுத்தனமாகக் கேள்விக்குள்ளாக்கின; இங்குள்ள பிரான்சிஸ் பிகாபியா, மேன் ரே ஆகியோரின் படைப்புகளில் இதைக் காணலாம். தென்கிழக்காசியாவில், லிம் ஹக் டை, நேனா சாகுயில், எஸ். சுஜோயோனோ ஆகியோர் மெய்ந்நிலைவாதத்தில் சோதனை முயற்சிகளை மேற்கொண்டதோடு அதைக் கடந்தும் சென்றனர்; தங்கள் கருப்பொருள்களுக்கும் நுட்பங்களுக்கும் அவர்கள் வெவ்வேறு விதங்களில் தெருவையும் மரபையும் அன்றாட அனுபவத்தையும் நாடினர். லாரி ரிவர்ஸ், தாம் “அடையாளம் காணக்கூடியவற்றின் பல்சுவை விருந்து” என்று அழைத்ததன் வழியாக, கலை வரலாற்றையும் மக்கள் மனத்தில் பதிந்த பழக்கமான படிமங்களையும் ஒன்றிணைத்தார். அல்போன்சோ ஒசோரியோ, கண்டெடுத்த பொருள்களையும் தற்செயலாகக் கிடைத்த மூலப்பொருள்களையும் தமது கூட்டிணைப்புப் படைப்புகளில் சேர்த்து, அவற்றைப் பண்பியல் வெளிப்பாட்டியத்தின் காட்சி மொழியுடன் இணைத்தார்.

ஒருசேரப் பார்க்கும்போது, பாப் கலை திடீரென்று தோன்றிவிடவில்லை என்பதை இப்படைப்புகள் உணர்த்துகின்றன; கலை எவற்றை ஆதாரமாகக் கொள்ளலாம், எது கலைத்தன்மை பெறக்கூடும் என்று கலைஞர்கள் கேள்வியெழுப்பி வந்த நீண்ட வரலாற்றின் ஒரு பகுதியாகவே அது இருந்தது.


எஸ். சுஜோயோனோ

(பிறப்பு 1913, இந்தோனேசியா; இறப்பு 1986, இந்தோனேசியா)

கொண்டாட்டம், நான்கு வயங் உருவங்கள்

1970

கித்தானில் எண்ணெய், 39 × 99 செமீ

சிங்கப்பூர் தேசியக் கலைக்கூடத் திரட்டு

கொண்டாட்டம், நான்கு வயங் உருவங்கள் எனும் இந்த ஓவியத்தின் அமைப்பில், வயங் குலிட் எனும் பாரம்பரிய ஜாவானிய நிழல் பொம்மலாட்டத்தின் உருவங்களை எஸ். சுஜோயோனோ இணைக்கிறார். பெரும்பாலும் மேட்டுக்குடியினரின் ரசனைக்கேற்ப அமைந்திருந்த காலனித்துவ Mooi Indië (அழகிய கிழக்கிந்தியத் தீவுகள்) மரபின் இலட்சியமயமாக்கப்பட்ட நிலப்பரப்பு ஓவியங்களை அவர் நிராகரித்தார்; இந்தோனேசிய மக்களின் வாழ்க்கையில் வேரூன்றிய கலையை வலியுறுத்தினார். இந்த ஓவியம், அநேகமாகப் புனகாவான் (கோமாளிச் சேவகர்கள்) எனப்படும் செமாரையும் அவரது மகன்களான காரெங், பெத்ருக், பாகோங் ஆகியோரையும் சித்தரிக்கிறது; ஜாவானிய வயங் கூத்துகளில் இவர்கள் தங்கள் நகைச்சுவைக்கும் ஞானத்துக்கும் குறும்பான நடிப்புக்கும் பெயர் பெற்றவர்கள். மக்களை மகிழ்விக்கும் இந்தக் கதாபாத்திரங்களைத் தமது ஓவியத்தில் இடம்பெறச் செய்வதன் மூலம், சுஜோயோனோ ஒரு வயங் குலிட் நிகழ்ச்சியின் கலகலப்பான சூழலை வெளிப்படுத்துகிறார்.

பொருள்

பொருள்கள் ஈர்க்கின்றன.

பாப் கலையில், சாதாரணப் பொருள்கள், அவை ஆயத்தப் பொருள்களாக இருந்தாலும் சரி, வேறு வகையானவையாக இருந்தாலும் சரி, விந்தையான முறையில் கவர்ச்சிகரமானவையாகவும், ஏன், மனத்தை மயக்குபவையாகவும்கூட மாறலாம். வேறு சில வேளைகளில், அன்றாட நடைமுறைகளிலிருந்தும் பயன்பாடுகளிலிருந்தும் அப்படியே எடுத்துவரப்பட்டதுபோல, அவை மிகச் சாதாரணமானவையாகவே இருக்கின்றன. இங்குள்ள படைப்புகளில், பொருள்களின் அளவும் எண்ணிக்கையும் மாறக்கூடும்; அல்லது அவை வியப்பூட்டும் வடிவங்களிலும் சூழல்களிலும் தோன்றக்கூடும். வணிகப் பண்டங்கள், இலச்சினைகள், கொடிகள், பழக்கமான பிற குறியீடுகள் ஆகியவை, பிற பொருள்களுடன் சேர்த்து வைக்கப்படும்போதோ வேறுபட்ட சூழல்களில் இடம்பெறும்போதோ அறிமுகமற்றவையாகவோ வியப்புக்குரியவையாகவோ மாறுகின்றன.

ஏறக்குறைய எல்லாவற்றையுமே கலைக்கான சாத்தியமான மூலப்பொருளாகக் கருதும் பாப் கலை, தன்னைச் சுற்றியுள்ள உலகிலிருந்து ஏராளமாக எடுத்தாள்கிறது. ஒட்டுப்படம், கைக்குக் கிடைப்பவற்றைக் கொண்டு புனைதல் ஆகிய உத்திகளின் வழியாக ஊடகங்கள் தாராளமாகக் கலக்கப்படுகின்றன; தொழிலியல் மூலப்பொருள்கள் படிமங்களுடன் ஒன்றுகலக்கின்றன; பிளாஸ்டிக் உருவங்கள் நிறுவல்களின் ஒரு பகுதியாகின்றன; சாதாரணப் பொருள்கள் ஓவியங்களில் அதீத மெய்த்தன்மையுடன் சித்தரிக்கப்படுகின்றன. இப்பொருள்கள் உயிர்ப்பான பருவடிவ இருப்பைக் கொண்டிருப்பதோடு, பொருள்கள் எவ்வாறு உற்பத்தி செய்யப்படுகின்றன, எவ்வாறு பயன்படுத்தப்படுகின்றன என்பதன் மீதும் கவனத்தை ஈர்க்கின்றன. அதே வேளையில், அவற்றின் மிகைப்படுத்தப்பட்ட வடிவங்கள் சாதாரணமானதைக் கண்கவர் காட்சியாக மாற்றக்கூடும். இவ்வாறு, சர்வசாதாரணமானவை மிகைக் கற்பனையுடன் சங்கமிக்கின்றன. வாழ்க்கையும் கலையும் ஒன்றிணைவதன் மூலம் இச்சங்கமம் புதியதொன்றைப் படைப்பதோடு, பழக்கமான பொருள்களை எதிர்பாராத விதங்களில் எதிர்கொள்ளவும் நம்மைத் தூண்டுகிறது.


அல்ஃபிரெடோ ஹார்

(பிறப்பு 1956, சிலி)

டைம்ஸ் சதுக்கம், ஏப்ரல் 1987: அமெரிக்காவுக்கு ஓர் இலச்சினை

1987

பொதுக் கலை நிதியத்தின் ஆணையின் பேரில் ஸ்பெக்டகலர் விளம்பரப் பலகைக்காக உருவாக்கப்பட்ட மூல உயிரோவியத்தின் ஆவணப்பதிவு, டைம்ஸ் சதுக்கம், நியூயார்க், ஏப்ரல் 1987

ஒற்றை ஒளிவழிக் காணொளி, 4:3 காட்சிநிலை விகிதம், வண்ணமும் ஒலியும் (மோனோ), பதிப்பு 2/12, 1 நிமிடம் 10 விநாடிகள்

பொதுக் கலை நிதியத்தின் ஆணையின் பேரில் ஸ்பெக்டகலர் விளம்பரப் பலகைக்காக உருவாக்கப்பட்ட மூல உயிரோவியம், டைம்ஸ் சதுக்கம், நியூயார்க், ஏப்ரல் 1987

குகன்ஹெய்ம் யூபிஎஸ் மேப் உலகளாவிய கலை முயற்சியை முன்னிட்டு வழங்கப்பட்ட கலைஞரின் நன்கொடை

சாலமன் ஆர். குகன்ஹெய்ம் அருங்காட்சியகம், நியூயார்க். 2013.30

இக்காணொளி, நியூயார்க்கின் டைம்ஸ் சதுக்கத்திலுள்ள ஒரு மின்னணு விளம்பரப் பலகைக்காக அல்ஃபிரெடோ ஹார் 1987இல் உருவாக்கிய உயிரோவியத்தை ஆவணப்படுத்துகிறது; ‘பொதுமக்களுக்கான செய்திகள்’ திட்டத்தின் ஒரு பகுதியாக, பொதுக் கலை நிதியத்தின் ஆணையின் பேரில் அது உருவாக்கப்பட்டது. 42 விநாடிகள் கொண்ட அந்த மூலக் காட்சித்தொடர், இரண்டு வாரங்களுக்கு, திட்டமிடப்பட்ட விளம்பரங்களுக்கு இடையே காண்பிக்கப்பட்டது. ஐக்கிய அமெரிக்காவின் கொடி, வரைபடம் ஆகியவற்றின் படிமங்களைத் தொடர்ந்து, ஒவ்வொரு சின்னத்தின் பொருளையும் மறுத்துரைக்கும் அறிவிப்புகள் இடம்பெற்றன. அமெரிக்கக் கண்டம் முழுவதற்குமான அடையாளத்தை ஐக்கிய அமெரிக்கா வழக்கமாகத் தனக்கே உரியதாகக் கொண்டாடுவதற்கு அடிப்படையாக உள்ள இனமையவாதத்தை ஹார் இப்படைப்பில் சவாலுக்கு உட்படுத்துகிறார்.

நகரம்

உடல்கள் தள்ளுகின்றன, இழுக்கின்றன.

கற்பனை நயத்துடனும் இலட்சியமயமாகவும் சித்தரிக்கப்படும் கிராமப்புறத்துடன் நகரம் அடிக்கடி ஒப்பிட்டு வேறுபடுத்திக் காட்டப்படுகிறது. இப்பிரிவிலுள்ள படைப்புகள் நகர்ப்புற வாழ்நிலையை முன்னிலைப்படுத்துகின்றன. முன்னேற்றம், மேம்பாடு, நுகர்வு, இளையர் பண்பாடு, சமூக மோதல், பரவசமும் விரக்தியும் தரும் தீவிர உணர்வுகள் ஆகியவற்றால் வடிவமைக்கப்பட்ட நகரத்தின் துடிப்பான ஆற்றலை அவை நினைவூட்டுகின்றன.

பெயர்ப்பலகைகள், சுவரெழுத்துகள் முதல் தெருக்களில் காணப்படும் பிற வெளிப்பாடுகள் வரை, நகரத்தின் கரடுமுரடான மேற்பரப்புகளையும் மக்கள் கூட்டங்களையும் பாப் கலை கூர்ந்து நோக்குகிறது. இக்கூறுகள் மாற்றம் பெற்று, படிமங்களும் ரசனைகளும் ஆசைகளும் நகர வாழ்க்கையினூடே எவ்வாறு பரவுகின்றன என்பதை வெளிப்படுத்துகின்றன. வரைகலை வடிவமைப்பு, வரைபடங்கள், பாட்டிக், டெனிம் போன்ற ஆடைத் துணிகள் ஆகியவை பாப் கலையின் காட்சி மொழியின் ஒரு பகுதியாகின்றன. ரயில்கள் முதல் பிலிப்பீன்ஸ் ஜீப்னிகள் வரையிலான பொதுப் போக்குவரத்தின் மூலம் உடல்களும் பொருள்களும் நகரத்தினூடே நகர்கின்றன. பொழுதுபோக்கு, பிரபலங்கள், ரசிகர் பண்பாடு, அன்றாட வாழ்க்கையின் மிகைப்படுத்தப்பட்ட பிரம்மாண்டச் சித்தரிப்புகள் ஆகியவற்றின் வழியாக, திரைப்பட அனுபவமும் நகரும் படிமங்களின் வசீகரமும் இப்பிரிவில் முக்கிய இடம் பெறுகின்றன.

இறுதியாக, பாப் கலை கலைக்கூடத்தைத் தாண்டிப் பொது வெளிக்குள் விரிவடைகிறது. நாம் காண்பவற்றையும் ஆசைப்படுபவற்றையும் நுகர்பவற்றையும் நகரம் எவ்வாறு வடிவமைக்கிறது என்று சிந்திக்க இப்படைப்புகள் வருகையாளர்களை அழைக்கின்றன; அதே வேளையில், பாப் கலையும் பதிலுக்கு நகரத்தின் ஒரு பகுதியாகிறது. சிங்கப்பூர் முழுவதும் பாப் கலை பரவியிருக்கிறது.


மிங் வோங்

(பிறப்பு 1971, சிங்கப்பூர்)

பாவனையின் வாழ்வு

2009

கித்தானில் அக்ரிலிக் பால்மம், 217 × 165 × 3 செமீ

சிங்கப்பூர் கலை அருங்காட்சியகத் திரட்டு

இப்படைப்பு, மிங் வோங்கின் பாவனையின் வாழ்வு காணொளி நிறுவலுக்கான விளம்பரச் சுவரொட்டித் தொடரைச் சேர்ந்தது. அக்காணொளி நிறுவல், 1959இல் வெளியான வாழ்வின் பாவனை எனும் ஹாலிவுட் திரைப்படத்தின் மறுதழுவல் ஆகும். மிகையுணர்ச்சி நாடகப் பாணி, சைகைகள், பாகமேற்று நடித்தல் ஆகியவற்றை எடுத்தாள்வதன் மூலம், அத்திரைப்படத்தின் முதன்மைக் கதாபாத்திரங்களில் ஒருவரான சாரா ஜேனின் பாத்திரத்தில், வேறோர் இனத்தையும் பாலினத்தையும் சேர்ந்த ஒரு நடிகரை வோங் நடிக்க வைக்கிறார். வோங்கைப் பொறுத்தவரை, இத்தகைய பாவனை வடிவங்கள் வெறும் நகலெடுக்கும் செயல்கள் அல்ல; மொழி, பாலினம், அடையாளம் ஆகியவற்றை மறுகற்பனை செய்வதற்கான உத்திகள் ஆகும்.

வோங் வடிவமைத்த இந்த விளம்பரப் பலகை ஓவியத்தை, அக்காலத்தில் சிங்கப்பூரில் எஞ்சியிருந்த கடைசி விளம்பரப் பலகை ஓவியர் என்று விவரிக்கப்பட்ட நியோ சோன் டெக் கையால் வரைந்தார். இதன் பாணி, 1950களிலும் 1960களிலும் சிங்கப்பூர்த் திரையுலகம் கண்ட பொற்காலத்தை நினைவூட்டுகிறது.

எதிர்ப்பு

கலை பண்பாட்டைக் கேள்விக்குள்ளாக்குகிறது.

கலையை உருவாக்கும் பண்பாட்டைப் பாப் கலை எவ்வாறு ஆழ்ந்து ஆராய்கிறது என்பதை இப்பிரிவு எடுத்துக்காட்டுகிறது. தனது கருப்பொருள்களையும் நுட்பங்களையும் காட்சி உலகிலிருந்து பெறும் பாப் கலை, மூலப்பொருள்கள், படிமங்கள் ஆகியவற்றின் சமூக, அரசியல் பரிமாணங்களுடன் ஊடாடுகிறது. பண்பாடு எவ்வாறு காலனிமயமாக்கப்படுகிறது, எவ்வாறு எடுத்தாளப்படுகிறது என்பது பற்றிய நமது புரிதலைப் பொது ஊடகங்கள் எவ்வாறு வடிவமைக்கின்றன என்பதை இங்குள்ள படைப்புகள் சுட்டுகின்றன. தொடக்ககாலப் பாப் கலை மெய்நிகர், மின்னிலக்க உலகங்களுக்கு முன்பே தோன்றியிருந்தாலும், இன்று நாம் எதிர்கொள்ளும் படிமப் பெருக்கத்தை அது முன்னுணர்ந்திருந்தது. உருவ அழிப்பு (போற்றப்படும் படிமங்களைத் தகர்த்தல்), கிளர்ச்சிப் பரப்புரை (அரசியல் விளைவுக்காகப் படிமங்களையும் முழக்கவரிகளையும் இணைத்தல்) போன்ற அதன் சில நுட்பங்கள், முந்தைய காலகட்டங்களிலிருந்தே நமக்குப் பழக்கமானவை. உடலின் நிலைமைகளையும் அதன் ஆசைகளையும் நாம் எவ்வாறு புரிந்து மதிக்கிறோம் என்பதற்கான அணுகுமுறைகளுக்குப் பால்புதுமையினரின் கண்ணோட்டங்களும் வடிவம் தருகின்றன.

உலகின் இன்னல்களுக்கு உடனடியாகவும் கவனத்தை ஈர்க்கும் வகையிலும் எதிர்வினையாற்றுவதன் மூலம், மாறுபட்ட ஒரு சமூகச் சூழலைக் கற்பனை செய்யப் பாப் கலை நமக்கு இடமளிக்கிறது. ஒரு பண்பாட்டின் இறுகிப்போன பழக்கவழக்கங்களையும் நெறிமுறைகளையும்கூட அது கேள்விக்குள்ளாக்குகிறது. அது சமூகத்தை வெறுமனே விவரிப்பதோடோ, சமூகம் என்னவாக மாறியிருக்கிறதோ அதை உடனடியாக எதிர்ப்பதோடோ நின்றுவிடுவதில்லை. தனது ஜனரஞ்சகத் தன்மையின் மூலம், மிகவும் தவிர்க்க முடியாததாகவும் நிலைபெற்றதாகவும் தோன்றுவதைக்கூட அதனால் எதிர்த்து நிற்க முடியும். போருக்கு எதிரான பெரும் எதிர்ப்பு நடவடிக்கைகள் முதல் இல்லத்துக்குள் தன்னிலையை உறுதிப்படுத்தும் அந்தரங்கமான வெளிப்பாடுகள் வரை, இத்தகைய எதிர்ப்பு பல்வேறு வடிவங்களை எடுக்கிறது.


ட்ருவோங் டான்

(பிறப்பு 1963, வியட்னாம்)

எனக்கு எச்ஐவி பிடிக்கும்

1994

பீங்கானில் வண்ணப்பூச்சு, 32.3 × 19.2 செமீசிங்கப்பூர் தேசியக் கலைக்கூடத் திரட்டு பாலியல் பற்றிப் பொதுவெளியில் பேசுவது தகாததாகவே கருதப்பட்ட காலத்தில், ஓரினச் சேர்க்கை, எச்ஐவி ஆகியவற்றை வெளிப்படையாகக் கையாண்ட வியட்னாமின் முதல் கலைஞர்களில் ட்ருவோங் டானும் ஒருவர். 1990களில், வியட்னாமில் நடத்தப்பட்ட எய்ட்ஸ் விழிப்புணர்வு இயக்கங்கள் அந்நோயைப் போதைப்பொருள் பயன்பாட்டுடனும் பாலியல் தொழிலுடனும் அடிக்கடி தொடர்புபடுத்தின. பரவலாக விநியோகிக்கப்பட்ட பரப்புரைச் சுவரொட்டிகளுக்கு எதிர்வினையாக ட்ருவோங் இப்படைப்பை உருவாக்கினார்; அதிகாரபூர்வ முழக்கவரிகளுக்குப் பதிலாகச் சின்னங்களையும் நகைச்சுவையையும் சிதறுண்ட வாசகங்களையும் அவர் இடம்பெறச் செய்தார். ஆசை, நோய், அச்சம் ஆகியவற்றுக்கு இடையிலான வெளிப்படையான தொடர்புகளை வைத்து அவர் விளையாடுகிறார். பாரம்பரிய நீல-வெள்ளைப் பீங்கான் கலத்தின் மீது வரையப்பட்ட எனக்கு எச்ஐவி பிடிக்கும் எனும் இப்படைப்பு, சீண்டும் தன்மையுடைய ஒரு சமகாலச் செய்தியைப் பழக்கமான ஒரு பண்பாட்டுப் பொருளுடன் முரண்நிலையில் நிறுத்துகிறது.

வெகுஜனம்

குறியீடுகள் நம்மைச் சூழ்ந்துள்ளன.

பொது ஊடகங்களின் வழியாக வரும் குறியீடுகள், அவற்றின் பெருத்த அடர்த்தியாலும் அளவாலும் நம்மை மூழ்கடிக்கின்றன. படக்கதைகள், விளம்பரப் பலகைகள் முதல் அச்சுக்கலை, நிழற்படக்கலை வரை பல்வேறு பொதுத் தகவல்தொடர்பு வடிவங்களின் வழியாக இக்குறியீடுகள் பரவுகின்றன. ஆயினும், சமூகத்தின் வெகுஜனத் தன்மை தனித்துவத்தைவிட முன்னுரிமை பெறுவதுபோல் தோன்றினாலும், படிமங்கள் வெவ்வேறு அர்த்தங்களுக்கு இடமளிப்பவையாகவே இருக்கின்றன.

 இப்பிரிவில், விளம்பரத்தின் காட்சி மொழியையும் அது குறியீடுகளை உருவாக்கும் முறைகளையும் கலைஞர்கள் பயன்படுத்துகின்றனர். செய்தித்தாள் காகிதம், சுவரொட்டிகள் போன்ற அன்றாட மூலப்பொருள்களின் வரைகலைத் தன்மைகளையும் அடர்வண்ணங்களையும், தெரு வாழ்க்கையில் காணப்படும் படிமங்களையும் அவர்கள் நாடுகின்றனர். விளம்பரத் துறை பெருமளவில் உற்பத்தி செய்வதற்கும் பரப்புவதற்கும் கையாளும் வழிமுறைகளைக் கடன்பெறுவதன் மூலம், கலைஞர்களால் புதிய பொதுமக்கள் தரப்புகளைச் சென்றடையவும், இனவாதம், தந்தைவழி ஆட்சிமுறை போன்ற பிரச்சினைகளுடன் ஊடாடவும் முடிகிறது. இந்த வெகுஜனப் பார்வையாளர்கள், தொழிலாளர் வர்க்கம், நகர்ப்புற மக்கள், உலகளாவிய ஒருமைப்பாடுகள் ஆகியவற்றுடன் தொடர்புடைய புதிய சமூகக் கூட்டமைப்புகளை உருவாக்கக்கூடும். பிரதியெடுத்தலும் எடுத்தாளுதலும், நிலப்பரப்பு, மனித உருவம் போன்ற கருப்பொருள்களைப் பாப் கலை மறுவடிவமைக்கவும் உதவுகின்றன; அவ்வாறு செய்வதன் மூலம், ஒரு கலைப்படைப்பு என்பது ஒரு கலைஞரின் தனிமைப்பட்ட, பிரத்தியேகமான வெளிப்பாடு என்ற கருத்தைப் பாப் கலை எதிர்க்கிறது. குறியீடுகள் பிரதியெடுக்கப்பட்டுப் பரப்பப்படும்போது, அவை புதிய அர்த்தங்களைப் பெற்று, சமூக வெளிப்பாட்டின் வடிவங்களாக மாறுகின்றன.


மாங் டே

(பிறப்பு 1979, மியன்மார்)

இடமிருந்து வலமாக

குழந்தைப்பருவக் காட்சிகள் எண் 3

குழந்தைப்பருவக் காட்சிகள் எண் 2

குழந்தைப்பருவக் காட்சிகள் எண் 1

2024

கித்தானில் அக்ரிலிக்கும் மையும், 122 × 183 செமீ; 55 × 75 செமீ; 75 × 55 செமீ

ஓவியரின் திரட்டு

தமது குழந்தைப்பருவத்தில் பொது ஊடகங்களுடன் ஏற்பட்ட அறிமுகங்களுக்கு எதிர்வினையாக மாங் டே இத்தொடரை உருவாக்கினார். வெளிர் வண்ணச் சாயல்களில் அவர் உருவங்களைச் சித்தரிக்கிறார்; அவற்றில் சில உருவங்களுக்குத் தலைகளுக்குப் பதிலாகத் தொலைக்காட்சிப் பெட்டிகள் உள்ளன. அத்திரைகளில், பிரபலமான சாக்லெட் கட்டிகளுக்கான விளம்பரங்கள் தெரிகின்றன. 1980களில் யங்கோனில் உள்ள தமது அத்தையின் வீட்டில், தொலைக்காட்சி வழியாக இந்த இனிப்புப் பண்டத்தை முதன்முதலில் அறிந்துகொண்டதைக் கலைஞர் நினைவுகூர்கிறார். ஆபா போன்ற உலகப் பிரபலங்கள், கோக்க கோலா போன்ற வணிக முத்திரைகள் உள்ளிட்ட அனைத்துலக ஜனரஞ்சகப் பண்பாட்டையும் தொலைக்காட்சி அவருக்கு அறிமுகப்படுத்தியது. இக்குறிப்புகளை மியன்மார் நாட்டுப்புறக் கதைகள், ஈசாப்பின் நீதிக்கதைகள் ஆகியவற்றின் கதாபாத்திரங்களுடன் இணைப்பதன் மூலம், உள்ளூர், உலகளாவிய ஜனரஞ்சகப் பண்பாடுகள் இரண்டும் இணைந்த பரந்த வாழ்வுலகை மாங் டே சுட்டுகிறார்.