Stop 2
5302

Kepala Cina

Dora Gordine
Artwork
City Hall Wing, Level 2, DBS Singapore Galleries
Use headphones for a better listening experience and to be considerate to others.
5302.Kepala Cina(0:00)
0:00
0:00

Wajah yang halus dan tenang. Mata tanpa anak mata. Ini adalah Kepala Cina karya Dora Gordine. Bukan sebuah potret, tetapi satu jenis etnik. Ia menggunakan pendekatan yang sama seperti yang dilihat dalam siri kepala gangsa Gordine yang mewakili kumpulan etnik utama di Singapura zaman kolonial.

Dilahirkan di Latvia dan merupakan pengukir yang belajar sendiri, Gordine tiba di Tanah Melayu pada awal tahun 1930-an, tertarik dengan peluang pekerjaan dan daya tarikan yang dianggap eksotik. Ketika itu, beliau sudah pun membina nama di London dan disanjung oleh Evening Standard sebagai “pengukir wanita genius.” Pada usia seawal 22 tahun, beliau telah mengadakan pameran solo pertamanya, satu pencapaian luar biasa bagi seorang wanita yang bekerja dalam bidang yang didominasi oleh lelaki.

Semasa Gordine mengembara merentasi rantau ini, beliau mencipta arca berdasarkan orang yang ditemuinya. Namun, sama seperti gambar foto oleh G.R. Lambert & Co., yang juga dipamerkan di Galeri ini, karyan-karya beliau sering kali mengklasifikasikan subjeknya ke dalam tipologi visual, yang mudah difahami oleh khalayak yang dimaksudkan. Kepala Cina adalah hasil sampingan daripada kuasa sosial dan politik pada zamannya; ketika ciri wajah dan bahkan bentuk kepala diukur, disusun dan dikurangkan kepada kategori. Jadi, apakah yang kita lihat sekarang? Seorang individu, atau idea tentang seorang individu?

Transcript
Artwork details
Artist Name
Dora Gordine
Full Title
Chinese Head
Time Period
c. 1930–1931
Medium
Bronze
Extent Dimensions (cm)
Dimensions 3D: Object measure: 27 x 18 x 23 cm
Credit Line
Gift of Elizabeth Choy. Collection of National Gallery Singapore.
Geographic Association
France
Accession Number
1997-02652