Stop 13
5313

Sekitar Perkampungan Seniman: Landskap pertanian di Lorong Gambas

Hazel McIntosh
Artwork
City Hall Wing, Level 2, DBS Singapore Galleries
Use headphones for a better listening experience and to be considerate to others.
5313.Sekitar Perkampungan Seniman: Landskap pertanian di Lorong Gambas(0:00)
0:00
0:00

Dua lukisan dakwat karya Hazel McIntosh memaparkan kawasan pinggir bandar Sembawang. Melalui menggunakan garisan pantas dan spontan, beliau melukis apa yang menarik perhatiannya: ayam, itik, pokok pisang, sebuah bangsal di belakang rumah yang ditandakan dengan nombor 226. Sekilas pandang, gayanya mungkin kelihatan santai, namun setiap garisan mempunyai tujuannya yang tersendiri. McIntosh tidak berminat untuk menghasilkan semula landskap tersebut secara terperinci. Sebaliknya, beliau memberikan tindak balas terhadap suasana dan perasaan berada di sana.

McIntosh menghasilkan lakaran-lakaran ini semasa menetap di 61-B Lorong Gambas di Sembawang, yang dahulunya merupakan tapak bagi Perkampungan Seniman. Diasaskan bersama oleh Tang Da Wu pada akhir 1980-an, Perkampungan Seniman merupakan salah satu kumpulan seni kontemporari yang terawal di Singapura. Pada waktu itu, ruang studio di Singapura sangat sukar didapati dan pembangunan bandar semakin rancak mengambil alih tanah setiap hari. Jauh dari hiruk-pikuk kota, 61-B Lorong Gambas menawarkan ruang kepada oara seniman untuk tinggal, berkarya dan bertukar-tukar idea secara bebas dengan rakan-rakan seperjuangan mereka.

McIntosh merupakan pasangan Tang dan salah seorang segelintir ahli seniman wanita dalam kumpulan tersebut. Lakaran-lakaran beliau menawarkan gambaran ke dalam ruang kehidupan bersama, di mana para seniman mengimbangi penghasilan seni dengan rutin harian. Pada tahun 1989, beliau telah menyertai pameran kumpulan tersebut, First Open Studio Show. Kumpulan tersebut hanya menetap selama dua tahun di Lorong Gambas, sebelum landskap luar bandar tersebut akhirnya digantikan oleh deretan perumahan awam yang tersusun rapi.

Transcript