Stop 14
5314

Rumah Besar Ah Kong Saya

Chua Chye Teck
Artwork
City Hall Wing, Level 2, DBS Singapore Galleries
Use headphones for a better listening experience and to be considerate to others.
5314.Rumah Besar Ah Kong Saya(0:00)
0:00
0:00

Apakah jenis masyarakat yang terbentuk apabila semuanya mula kelihatan serupa? Chua Chye Teck mengajukan persoalan ini melalui karya arca pemasangan beliau. Dua belas struktur putih berdiri tegak, disusun rapat. Bahagian luarnya menggunakan papan basuh lama yang diambil dari kilang bapa Chua. Ia kelihatan seperti bahagian luar blok perumahan awam Singapura, atau lebih dikenali sebagai HDB. Suatu pemandangan yang lazim di Singapura hari ini.

Chua menghasilkan karya ini pada akhir 1990-an, ketika para seniman di Singapura mula beralih kepada seni pemasangan, projek komuniti, penggunaan bahan jumpaan dan persekitaran mereka. Berlatarbelakangkan pendidikan dalam bidang seni arca dan kemudiannya beralih kepada fotografi, Chua menggunakan bahan-bahan ringkas untuk merenungkan landskap Singapura yang kian berubah. Beliau pertama kali mempamerkan karya ini di Plastique Kinetic Worms, sebuah ruang seni yang dikendalikan oleh seniman di sebuah rumah kedai di Chinatown. Ruang-ruang kecil dan bebas sebegini membolehkan eksperimen sedemikian dilakukan. Pada tahun 1991, alumni LASALLE, Suzann Victor, telah mengasaskan bersama 5th Passage, yang mengubah koridor sebuah pusat beli-belah di Parkway Parade menjadi ruang seni. Wadah-wadah alternatif ini sangat penting. Ia memberikan lebih banyak pilihan kepada seniman, melangkaui dinding putih muzium tradisional.

Transcript