Yin Yang Satu dan Banyak
Pada tahun 1987, di Festival Yin Yang yang diasaskan bersama oleh beliau, Gilles Massot mempersembahkan Yin Yang Satu dan Banyak. Sebuah karya dua panel ini meneroka kontras dalam perjalanan hidupnya dari Marseille ke Singapura.
Satu panel memaparkan seorang lelaki bersendirian, separa bogel, yang digariskan secara halus dengan sapuan akrilik. Suasananya terasa hening. Panel kedua pula menceritakan kisah yang berbeza: 12 bingkai lebih kecil dipenuhi susuk manusia yang dipermudah dan simbol-simbol abstrak dalam gouache hitam, dilapisi di atas grid kolaj surat khabar. Kesan yang dihasilkan terasa rancak, malah agak kacau-bilau. Keheningan bertemu dengan keriuhan, kesendirian bertembung dengan khalayak ramai. Bagi Massot, makna wujud dalam “ruang antara sesuatu perkara.” Idea ini sangat bertepatan bagi seseorang yang bergerak antara dunia Perancis dan Singapura. Karya awal ini menzahirkan navigasi budaya tersebut dan rasa ingin tahu beliau yang berpanjangan tentang bagaimana makna berubah merentasi sempadan, medium dan disiplin.
Festival Yin Yang merupakan sebuah acara sederhana selama lima hari yang menghimpunkan pameran dan persembahan. Para seniman berkumpul untuk meneroka konsep Cina tentang yin dan yang. Ia bersifat eksperimental dan kolaboratif—ciri-ciri yang akan muncul semula setahun kemudian apabila Perkampungan Seniman ditubuhkan di Sembawang.
