Visi 1/86
Karya Visi 1/86 oleh Jaafar Latiff tidak menawarkan subjek yang jelas, dan ia juga tidak cuba untuk berbuat demikian. Di sini, jalur-jalur merah marun, biru, dan kuning melengkung antara satu sama lain, sekali gus mencipta kesan pergerakan merentasi kanvas. Jaafar melukis karya ini sebagai sebahagian daripada siri yang lebih besar. Karya ini mencerminkan minat beliau dalam bereksperimen dengan warna, teknik sapuan berus dan teknik yang diilhamkan oleh batik. Jaafar mula berkecimpung dengan batik pada tahun 1960-an, ketika ia masih dianggap secara meluas sebagai kraf dan bukannya seni halus. Namun, beliau adalah antara mereka yang malangkaui sempadan tersebut, dengan mengubah batik menjadi satu medium untuk ekspresi seni kontemporari.
Menjelang tahun 1970-an, beliau beralih kepada akrilik. Di mana batik menuntut kesabaran dan kawalan, akrilik pula memberikan Jaafar kelajuan dan kebebasan, membolehkan sapuan berus mengikut gerak hati beliau.
Jaafar jarang memberikan tajuk kepada karya-karyanya. Sebaliknya, beliau menggunakan nombor dan tarikh. Menurut beliau, memberikan tajuk kepada sesebuah lukisan boleh mengehadkan cara orang menghayatinya. Jadi, lihatlah lukisan sekali lagi. Tanpa tajuk yang bersifat deskriptif, apakah yang cuba disampaikan oleh karya ini kepada anda?
Artwork details
Frame measure: 150.8 x 150.6 cm
