Stop 9
5309

Bayang-Bayang Kelabu

Eng Tow
Artwork
City Hall Wing, Level 2, DBS Singapore Galleries
Use headphones for a better listening experience and to be considerate to others.
5309.Bayang-Bayang Kelabu(0:00)
0:00
0:00

Helaian kain kapas berbentuk segi empat tepat ini mungkin kelihatan ringkas, malah biasa, pada awalnya. Namun, perhatikan dengan lebih dekat. Anda akan mula menyedari sembilan petak yang lebih kecil, masing-masing dibentuk melalui lipatan, kedutan dan jalinan tekstur. Disusun dalam grid tiga-kali-tiga yang kemas, karya ini memancarkan ritma yang lembut dan taktual. Sesuatu yang dapat dirasai melalui sentuhan jiwa sepertimana ia dilihat oleh mata.

Berlatarbelakangkan pendidikan dalam bidang tekstil, seniman Eng Tow telah lama merentas pelbagai bentuk dan disiplin. Bagi beliau, peranan sebagai seorang seniman, tukang kraf, dan pereka bukanlah identiti yang berasingan. Sebaliknya, ia merupakan cara yang saling berhubung kait dalam interaksi dengan dunia. Bahan karya beliau merangkumi pelbagai medium, daripada fabrik dan kertas, hinggalah ke gentian karbon dan gangsa. Amalan seni beliau melangkaui ruang galeri; beliau pernah mereka bentuk buku, kostum serta hiasan dalaman hotel. Namun, apa pun bentuknya, beliau tetap peka terhadap unsur alam semula jadi dan yang tidak kelihatan.

Transcript